Mengaku Bujang Konon…Siapa Pemain Bola Miang Ini?

Hurm…Siapa agaknya eh pemain bola yang dimaksudkan wanita ini?

Seorang wanita bernama Mila Bonet memberitahu bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan pemain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 34 tahun ini memberitahu bukan sekali dia mengadakan hubungan fizikal tetapi sebanyak dua kali

“ Kami bertemu di sebuah kelab dan dia mengaku masih bujang,” dedah Mila.

Pemain yang tidak boleh didedahkan namanya atas alasan undang-undang sebenarnya sudah pun mempuyai anak.

“Saya memang minat pemain bola sepak walaupun tidak begitu faham dengan sukan itu.

“Kami bertemu dan menari bersama. Dia seorang yang agak ‘gatal’.

“Saya bertanyakannya sama ada dia bujang dan jawabnya ya,” jelas pengurus pemasaran dan julan dari Quebac itu kepada The Sun.

Tambah Bonet dia mengakui pemain itu seorang yang hebat.

“Saya mahu bertemunya lagi. Namun selepas itu saya mendapat tahu dia sudah mempunyai hubungan.

“Ia membuatkan saya jadi menyampah, dan sangat marah. Bagaimana anda tidak menghormati isteri sendiri?

“Isterinya patut tahu kebenaran. Orang lain perlu tahu. Dia seorang penipu.”

Bonet memberitahu, dia kemudian telah dihubungi oleh kawan pemain tersebut dan menawarkan 2 ribu pound untuk menutup mulut dan memberitahu tidak melakukan sebarang hubungan seks.

SGMS Faida