Menghitung Hari Bergelar Isteri Shuib, Watie Hanifiah Kongsi Gambar Hadiri Kursus Kahwin – “Peserta Tertua”

Bakal isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa teruja selepas selesai menghadiri kursus kahwin bagi pernikahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie memberitahu bahawa dia merupakan satu-satunya peserta tertua berbanding peserta yang lain.

“Peserta Tertua. Takpelah kata orang, yang lambat tu selalunya sebab Allah nak bagi yang terbaik dan yang paling tepat. Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar urusan Watie bersama bakal suaminya sentiasa dipermudahkan.

“Tahniah kak. Semoga dipermudahkan segala urusan dan bahagia yang baru kak,” tulis netizen.

Nurul Hana