#Mentor7: ‘Kalau Boleh Tak Nak Singkir Sesiapa’ – Aizat

Mentor 7 bakal menyaksikan dua protege Aizat iaitu Faizul Ashraf atau Faizul Ashraf Fauzi dan Megat atau Mohd Adzuan Mazlan meneruskan perjuangan mereka dalam program realiti ini. 

Aizat Amdan menerusi Instagramnya menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu menyingkirkan sesiapa bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran. 

“ Kalau ikutkan hati saya tak nak sesiapa pun terkeluar. Faris budak baik. Anda jangan risau, saya rasa Faris ada harapan cerah untuk menyinar dalam industri nyanyian. Saya harap kami ada peluang untuk bekerjasama pada masa akan datang,” kata Aizat sejurus pengumuman finalis pada konsert minggu pertama di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Faris Malek atau Mohd Faris Arif Malek merupakan protege kepada Aizat terpaksa meninggalkan pentas sebentar tadi.

Dalam masa sama, protege Syafinaz yang terpilih adalah Ranisha atau nama penuhnya, Farranisha Shazwany Mohd Faizul dan Lazarul atau Lazarul Afiezy Zakaria. 

Permarkahan adaah berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

Mentor 7 dihoskan oleh Nana Mahazan dan Shuk Sahar sebagai pengacara manakala Sarancak pula mengacarakan segmen di belakang tabir.

Mentor 7 bakal bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di TV3.

SGMS Faida