#mentor7: ‘Tak Pernah Rasa Selesa Walaupun…’ Zaaim Takut Disebut Bakal Juara?

Protege Siti Nordiana, Zaaim menyifatkan pujian sebagai pemangkin untuk terus membuat yang terbaik di konsert separuh akhir Mentor musim ketujuh ini.

Zaaim atau nama sebenarnya Zaaim Abdullah ketika ditemui sejurus tamat konsert Mentor berkata dia tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan sekarang walaupun diangkat sebagai peserta pilihan ramai. 

” Jujurnya saya tidak pernah rasa saya di zon selamat biarpun tiga kali mendapat persembahan terbaik untuk tiga minggu berturut-turut. 

” Saya tak pernah rasa saya hebat malah tujuan saya ke Mentor 7 adalah dengan niat belajar. Kalau orang kata saya bakal juara, saya anggap itu sebagai doa. Bila orang letak harapan tinggi dekat saya, sudah tentu saya risau. Bagi saya semua hebat-hebat belaka,” katanya kepada xtra.com.

Sementara itu, Zaaim yang membawakan lagu Januari di konsert malam tadi berkata dia tidak ada bermasalah membawakan lagu berbahasa Inggeris untuk konsert separuh akhir.

” Cuma saya ada lagu yang saya paling takut dinyanyikan iaitu lagu She’s Gone. Alasannya? Saya pun tak tahu nak terang macam mana. 

” Saya tiada masalah membawakan lagu Inggeris cuba sebutannya saya perlu berlatih lebih gigih lagi,” akhirinya. 

SGMS Faida