Hiburan By: SGMS Faida November 19, 2018 @ 10:29am

#Mentor7: Terkejut Tersingkir Awal, Taufiq Mahu Pulang Kampung?

Minggu ketiga konsert Mentor 7 menyaksikan protege Siti Nordiana, Taufiq Rodzi tersingkir.

Pemuda berusia 24 tahun ini ketika ditemui sejurus tamat konsert semalam memberitahu dirinya terkejut kerana tidak menjangka akan ada penyingkiran seawal ini.

“ Jujurnya, saya terkejut kerana tersingkir di minggu awal program. 

“ Namun saya reda dengan penyingkiran cuma saya sedikit terkilan kerana tidak dapat mempersembahkan lagi bakat yang belum saya tonjolkan,” katanya kepada xtra.com.

Dalam pada itu, Taufiq memaklumkan dia bakal pulang ke kampung halaman di Sungai Petani, Kedah buat sementara waktu.

“ Saya mungkin akan pulang sebentar kerana keadaan kesihatan ibu tidak begitu mengizinkan untuk saya berada di ibu kota. Ibu adalah keutamaan saya buat masa ini.

“ Namun begitu, jika ada peluang atau tawaran persembahan di Kuala Lumpur, sudah tentu saya akan kembali ke sini. Insya Allah,” katanya.

Taufiq turut berterima kasih kepada mentornya, Siti Nordiana yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang berada dalam program Mentor 7.

“ Jika ada kesempatan saya mahu belajar banyak lagi daripada beliau. Tersingkir awal tidak bermakna saya berputus-asa untuk membina nama dalam bidang seni. Buat Kak Nana, terima kasih kerana memilih saya. Ada rezeki, Insya Allah kita bekerjasama lagi,” akhirinya.

Di konsert ketiga semalam, Taufiq mendendangkan lagu Fantasia Musim Cinta nyanyian asal penyanyi Iwan. 

Mentor 7 mula bersiaran sejak 28 Oktober di TV3 menampilkan Datuk Syafinaz, Hafiz Suip, Aizat Amdan dan Siti Nordiana sebagai mentor, manakala Nana Mahazan, Shuk dan Sarancak sebagai pengacara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 3 Nov 2022

Berang Dahi Disamakan Dengan Padang Bola, Respons Sajat Buat Netizen Ketawa!

Usahawan kontroversi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular sebuah video dirinya tidak berpuas hati terhadap seorang wargamaya yang menegur keadaan dahinya. @sajatofficialtiktok DAHI SAJAT 3 JELA! DAHI KORG BERAPA ? #sajat #fyp […]

Hiburan Mon, 3 Apr 2023

[VIDEO] Untung Dapat Dengar Nyanyian Live! Kanak-Kanak Terpaku Dengar Suara Merdu Anuar Zain

Pelbagai lapisan umur yang minat dengar suara Anuar Zain ni

Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Trending Sun, 5 Jun 2022

Aprena Manrose Tampil Bersuara Isu Nelydia Senrose Buka Tudung

Aprena Manrose tampil untuk ‘back up’ isu buka tudung Nelydia Senrose.

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Hang In There!” – Muat Naik Video ‘Self-Healing’, Peminat Mohon Aedy Ashraf Kekal Tabah

Sayuu pula min tengok Aedy ni. Tapi, best kan layan perasaan sorang sorang, tambah lagi ada view cantik ☺️☺️ Tenangg je!