Hiburan By: Fatin Nurain September 19, 2023 @ 12:40pm

Akui Khilaf & ‘Triggered’ Gara-Gara Nama Bapa Kerap Dipersoal, Nina Smith Tampil Mohon Maaf

Selepas teruk dikecam gara-gara insecure berwajah melayu, pelakon Nina Smith tampil memohon maaf atas tindakannya yang memberikan jawapan yang kurang senang ketika di temubual, baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat oleh Nina menerusi sebuah perkongsian di TikTok, semalam.

Terdahulu, Nina tampil mendedahkan dirinya pernah berasa ‘insecure’ setiap kali orang sekelilingnya mempersoalkan nama bapanya, Smith kerana berwajah Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Insecure’ Nama Mat Saleh Tapi Muka Melayu, Nina Smith Teruk Dihentam Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga Muka Mix Lisa Surihani, Ciapan Ben Amir Cetus Persoalan.. Netizen Dakwa Sindir Nina Smith?

Menurut Nina, dia sedar akan khilafnya yang cepat ‘trigger’ apabila nama bapanya, Smith kerap dipersoalkan kerana dirinya tidak mempunyai wajah Mat Saleh.

Nina bagaimanapun menyatakan dirinya akan lebih berhati-hati untuk menjawab persoalan tersebut sekiranya soalan yang sama diajukan kepadanya lagi.

“Saya tak insecure ada rupa perempuan Melayu itu bukan saya.Mungkin anda betul salah jawapan tu. Saya kena fikir jawapan baru kalau saya nak berada dalam industri ni.

“Saya maafkan semua. Saya minta maaf sekiranya jawapan saya tu menyinggung sesetengah pihak.

“Tujuan saya buat video ni saya kena explain benda ni sebab kalau tak semua akan ingat yang saya tak bangga jadi anak Melayu.

“It’s really unfair bila tengok komen, it breaks my heart sebab saya rasa saya lagi Melayu dari anda semua tapi takpe lah mungkin jawapan saya salah. Benda ni pertama kali jadi kat saya jadi saya belajar daripada benda ni,” katanya.

Enggan mengeruhkan keadaan, Nina yang pernah membintangi drama Tentang Hati Dia itu dengan rendah dirinya memohon maaf dan berharap penjelasannya mampu meredakan ketegangan yang berlaku.

“Terima kasih semua untuk komen. Jangan risau saya tak marah pun. Takpa, anda semua tak faham apa yang jadi, soalan yang di tanya ketika itu.

“Soalan tu sama, interviewer tu tanya nama saya memang Smith ke atau saja letak? Sebab tulah saya triggered sikit. Soalan tu sensitif sebab tu jugalah jawapan saya macam tu.

“Saya harap penjelasan ini dapat meredakan sedikit walaupun tak banyak. Sekali lagi, saya minta maaf sangat jika jawapan saya itu menyinggung anda semua,” katanya.

@notninasmith Replying to @corona ♬ original sound – Nina Smith

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

BTS Sumbang Berbillion Ringgit Buat Korea Selatan!

Wow, bukan sikit ya jumlah yang disumbangkan!

Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Featured Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

Berhati-hati lah kalau bercuti dengan agen pelancongan ni..

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall & Rakam Album Tradisional Baharu!

Fuh! Siti nak bawa muzik tradisonal ke pentas antarabangsa!

Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]