Hiburan By: Padin May 4, 2024 @ 2:22pm

Meriah! Banyak Bagus Festival 2024 Gabungkan Pemuzik Serta Penyanyi Malaysia, Indonesia, Thailand & Filipina

Menggabungkan empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina, Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 merupakan sebuah festival muzik yang meraikan bakat-bakat luar biasa ASEAN.

Kini mengorak langkah pertamanya di Malaysia, BBF dianjurkan oleh Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment dengan kerjasama LR Asia menampilkan nama-nama besar seperti Insomniacks, Jaclyn Victor, Dolla dan Aisha Retno dari Malaysia; Lyodra dan Fabio Asher dari Indonesia; Tilly Birds, Nanon, LYKN, Getsunova, Atlas dan 4EVE dari Thailand; serta Ben & Ben dan Zack Tabudlo dari Filipina.

Menurut David Chua Boon Ghee selaku Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment dan juga penganjur utama konsert ini, mereka memilih slogan ‘Support ASEAN music to the world’.

“Saya memilih Malaysia tanah tumpah darah saya sebagai lokasi pertama kerana sambutan peminat muzik tanah air tempatan agak luar biasa.

“Sebagai penganjur yang bertahun-tahun membawa artis Malaysia ke luar negara seperti US World Tour, David terharu dengan sambutan dari peminat muzik Malaysia yang menghargai bakat-bakat dari luar negara terutamanya Indonesia, Thailand dan juga Filipina,” katanya.

David ditemui pada sidang media yang diadakan di Madam Lee Nyonya Private Dining, Palm Garden Hotel, a Tribute Portfolio Hotel, Putrajaya pada pagi Sabtu.

Selain David, Tilly Birds dari Thailand dan Ben & Ben dari Filipina turut memeriahkan sidang media terbabit.

Dalam pada itu, David berharap peminat muzik dapat memberi sokongan padu terhadap BBF.

“Saya cuba bawa artis-artis di bawah jenama kolaborasi BBF ini ke tiga negara yang lain sekiranya keadaan mengizinkan dan ini adalah sebuah impian saya untuk dunia muzik.

“Peminat muzik perlu beri sokongan yang kukuh untuk menyemarakkan lagi kemeriahan muzik serantau dan Malaysia merupakan lokasi pilihan utama kami” kata David yang merupakan anak jati Subang, Selangor.

Banyak Bagus Festival 2024, sebuah festival muzik yang akan diadakan selama dua hari berturut-turut pada 4 dan 5 Mei 2024, bertempat di MIECC, Kuala Lumpur menampilkan 14 orang artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina bermula pada jam 3 petang hingga 10 malam untuk kedua-dua hari persembahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Tekad Kurus Sebab Gimik?

Hebat betul Shaheizy Sam

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Dulu Depan Kamera, Sekarang Belakang Pula

Bakat baharu ini akan ditampilkan dalam pelbagai program yang bakal diterbitkan menerusi syarikat produksinya, Nabil Production.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Accused Of Chasing Clout Using BLACKPINK Rosé’s Picture

Maybe he was just being a fanboy trying to show his support for his idol, but maybe BLINKS took it too far?

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Wed, 2 May 2018

Ruhainies Kini Jadi Penerbit, Minta Netizen Jangan Pertikai

Ruhainies nampaknya sedang meneliti setiap skrip dalam drama tersebut sebagai persediannya untuk tidak kelam kabut disaat-saat akhir.

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

女神卡卡病情恶化!取消最后10场巡演

女神卡卡(Lady Gaga)因为纤维肌痛症2017年9月无预警宣布暂退歌坛,巡演也都喊卡,希望可以把身体调养到健康的状态,没想到近来她的病情不仅没有好转,而且还恶化了,3日宣布取消欧洲的最后10场巡演,让粉丝都非常担心她的健康状况。

Hiburan Thu, 22 Feb 2024