Meriahkan Jelajah Nur 2 Dan Temui Barisan Pelakon Di ISetan KLCC Esok!

Drama Nur 2 yang kini sedang meletup dan trending di laman sosia semakin menjadi perbualan hangat netizen. Jika Nur dahulu kecoh dengan isu ‘sup bunjut’, nampaknya Nur 2 kali ini berbeza dengan jalan cerita yang lebih rumit dan kehadiran watak antagonis baru, memang boleh bikin panas hati!

Antara watak Nur 2 yang mendapat tempat di hati panas para penonton sudah semestinya watak Ustaz Hamadi yang dilakonkan oleh Azhan Rani dan watak isterinya, Aisyah yang dijayakan oleh Noor Khiriah. Dua watak ini memang  menjadi buah mulut dan kecaman netizen. Memang power la lakonan otai kita dua orang ni!

Kalau korang nak beramah mesra bersama barisan para pelakon Nur 2, iaitu Azhan Rani, Noor Khiriah dan Raja Atiqa, korang boleh kunjungi Jelajah Nur 2 pada hari esok, 13 April 2019! Jelajah ini akan bermula pada 3 hingga 5 petang di level 2 ISetan KLCC. 

Selain itu, antara aktiviti menarik  yang akan diadakan adalah sesi pengayaan tudung bersama duta dan wajah rasmi Nur By Arjana iaitu Eyra Zuhairah, Mia Ahmad, Hawa Rizwana, Ezzah Aziz Fawzy, Sarancak dan Anim Ezzati. 

Apa tunggu lagi, jom sama-sama meriahkan jelajah Nur 2 di ISetan KLCC esok! 

 

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”