Hiburan By: Fatin Nurain July 1, 2023 @ 4:30pm

Mimi Lana Syukur Watak Khalish Raih Penerimaan Positif, Peminat Komen: “You Truly Deserve Every Best Actress Award!”

Pelakon Mimi Lana tampil meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sambutan baik yang diberikan oleh penonton setia drama bersiri lakonannya, Perempuan Itu.

Baharu sahaja melabuhkan tirainya semalam, Mimi turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang sering menyokong karyanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Mimi menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

“One of the greatest joys as an actor is sharing work with others and watching as they enjoy what you have made! Thank you for watching #perempuanitu

“1.1 billion views on TikTok from you guys is mind blowing! I have no words to express my feelings. I’m so grateful to have all of your support to this drama. Khalish sign off, sampai bertemu lagi ya. Gonna miss all of you so much! Sayang korang semua sangat,” tulisnya.

@adira.suhaimi nak bini cantik! hadiahkan @MaajunNendahq bukan cari adik angkat baru 😂 #fyp ♬ original sound – Zaleha Baba

Terdahulu, Mimi telah menjayakan watak sebagai Khalish yang memaparkan semangat perjuangannya sebagai wanita yang teraniaya yang ingin mempertahankan hak wanita yang lain menerusi ajaran Islam.

Puas hati dengan kesungguhannya memainkan watak tersebut, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai pujian dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menganggap Mimi layak menerima anugerah pelakon wanita terbaik selepas melihatnya menerusi drama itu.

Selain Mimi, drama bersiri yang ditulis oleh Erma Fatima ini juga dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Zul Ariffin, Siti Hariesa, Amar Asyraf dan ramai lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Bekas Suami Bakal Jual Rumah, Kris Dayanti Siap Sedia Untuk…

Anang dilaporkan mahu menjual kediaman mewah bernilai jutaan Ringgit namun alasan sebenar masih belum diketahui sehingga kini.

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Selfie Depan Jenazah Bapa, Wanita Ini Dikecam ‘Kaw Kaw’

Gambar tersebut kemudian dimuat naik di media sosial sebelum Jelica menerima kecaman daripada netizen di atas tindakannya itu.

Featured Wed, 13 Mar 2024

“Ringan Itu Istirehat, Berat Itu Istiqamah” – Neelofa

MashaaAllah moga perkongsian istiqamah dari Neelofa ni dapat memberi manfaat buat semua❤️❤️❤️