Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2024 @ 3:00pm

“Ringan Itu Istirehat, Berat Itu Istiqamah” – Neelofa

Perkongsian selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor menerusi program hiburan popular pada Selasa mencuri perhatian.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh sebuah portal hiburan, Neelofa kelihatan memberikan pendapatnya terhadap pengalaman pelakon, Norreen Iman yang baru-baru ini telah selamat mengerjakan umrah.

Bagaimanapun, semasa temu bual tersebut berlangsung, Norreen kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika bercerita mengenai pengalaman disebalik perjalanannya menuju ke tanah suci Mekah pada 6 Februari lalu.

Namun, seakan dapat merasai perasaan Norreen, Neelofa atau lebih mesra dipanggil Lofa cuba menenangkan pempengaruh media sosial itu disamping berkongsi tips mengenai hidayah yang diberikan Allah SWT.

“Hidayah Allah itu datang kepada semua orang, tapi tinggal kita nak grab atau tidak sahaja.

“Istiqamah itu berat, ringan itu istirehat. Tapi paksalah diri kalau kita nak berbaik pasal kita. Carilah ilmu kerana ilmu itulah kunci kepada hidayah,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pesanan daripada Neelofa itu membuatkan mereka lebih cakna terhadap apa yang dikatakan sebagai istiqamah dan hidayah yang dikurniakan Allah SWT kepada hambaNya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Dec 2023
Trending Tue, 30 Apr 2019
Selebriti Mon, 2 Aug 2021

Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel, Haqiem Rusli & Ukays Top 5 Artis Lokal

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel, Haqiem Rusli dan kumpulan Ukays dipilih oleh peminat untuk memenangi Top 5 Artis Lokal pada JOOX Top Music Awards (Pertengahan tahun) 2021. Selain itu, peminat muzik […]

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

歌手们轮番上阵卖力演出!万人同欢迎接2019

《MY GOXUAN 2019够Fun槟城好玩倒数趴》歌手们轮番上阵卖力演出!逾1万4000人一起狂欢迎接2019~

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Fattah Amin dan Eric Chou Bergabung Dalam OPPO F11 Pro

Hero pujaan malaya, Fattah Amin bergandingan bersama bintang Asia terkenal iaitu  Eric Chou sebagai duta dan ikon OPPO F11 Pro pada tahun ini. Kalau korang nak tahu kenapa dua selebriti terkenal ini dilantik menjadi duta […]

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴