Min Yasmin Popular Di Filipina?

“Saya bangga menjadi artis Malaysia pertama ditemuramah stesen radio popular di Filipina itu.

“Malah wajah saya turut dipaparkan pada badan bas yang juga studio bergerak stesen itu,” luah penyanyi yang mencipta nama di Filipina, Min Yasmin.

Isteri komposer, Julfekar Ahmad Shah, berkata stesen radio popular di Filipina, Wish 107.5 adalah satu-satunya stesen radio yang mempunyai studio dan beroperasi di atas bas di Manila.

Selain ditemubual bersama penyampai Wish 107.5, dia turut membuat persembahan menyanyi secara langsung di Freedom Park Marikina, Manila.

“Saya bersyukur kerana peminat muzik di sini menerima kehadiran saya.

“Usaha saya untuk mencipta nama di sini nampaknya mula menunjukkan hasil,” katanya.

Imbas kembali, Min Yasmin melancarkan album pertama dalam bahasa Tagalong pada 2015 selepas muncul dengan single duet bersama penyanyi popular negara itu, Nikki Bacolod berjudul Sa Iyo.

Sejak itu dia sering berulang-alik dari Malaysia ke Filipina untuk membuat persembahan terutama di sekitar kepulauan Mindanao dan Zamboanga City.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida