Mira Filzah Tak Mahu Kongsi Banyak Kisah Peribadi

Gosip cinta antara pelakon Zizan Razak dan Mira Filzah bukanlah satu benda yang baharu diperkatakan.

Walaupun kedua-duanya tidak mengaku namun dalam masa sama mereka juga tidak menafikannya.

Akui Mira, mereka masih lagi berkawan sehingga sekarang.

“ Zizan antara kawan lelaki yang rapat dengan saya.

“ Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya,” katanya.

Pelakon drama pendek Pelangi Cinta ini menyifatkan Zizan sebagai seorang lelaki yang mudah didekati.

“ Saya selesa berkawan dengan Zizan namun tak mahu berkongsi terlalu banyak kisah peribadi memandangkan kami berdua ada keluarga yang hati mereka perlu dijaga,” katanya.

Berkongsi persiapan Aidilfitri, Mira memberitahu dia bakal menyambutnya di Perak dan dijangka pulang dua hari sebelum hari raya.

SGMS Faida