Categories: HiburanSelebriti

‘Mula-Mula Takut…’- Jaja Iliyes Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Micheal Ang

Digandingkan dalam drama Titi Kayu, pelakon Jaja Iliyes mengaku pada awalnya gementar berlakon di sisi pengarah terkenal Micheal Ang.

Akuinya, dia mengenali Micheal Ang sebagai individu yang mengarah banyak drama popular sebelum ini. 

“ Micheal sangat sempoi di set. Banyak tunjuk ajar yang beliau berikan kepada saya. Mulanya gementar juga sebab saya mengenalinya sebagai pengarah tegas.

“ Di samping itu, pengarah drama ini Raja Mukhriz dan Kak Sharifah Shahora juga banyak memberi tunjuk ajar dalam teknik lakonan.

“ Satu penghargaan dan pengalaman berharga dapat bekerja dengan barisan penggiat seni berpengalaman,” katanya kepada XTRA.

Drama Titi Kayu yang ditayangkan sempena Tahun Baharu Cina lalu mendapat pujian ramai apabila berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata. 

Sementara itu, Jaja meluahkan keinginan untuk membawa watak psiko antagonis pada masa akan datang.

“ Dalam drama Resort Berhantu, saya bawa watak antagonis tetapi menampilkan sisi gedik. Saya teringin diberi watak perempuan psiko. Setakat ini masih belum ada tawaran begitu. Kalau ada, saya sudah sedia,” katanya.

Drama Resort Berhantu lakonan Jaja Iliyes bakal ditayangkan pada 2 Mac ini bersempena dengan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.

SGMS Faida