“Mungkin Dia Ada Perasaan Pada Saya, Tapi…” – Didakwa Bercinta Dengan Gadis Berusia 16 Tahun, Erry Putra Tampil Buka Mulut

Pelakon dan penyanyi, Erry Putra menafikan dakwaan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama gadis berusia 16 tahun seperti didakwa ramai.

Gosip tersebut mula timbul selepas beberapa video tular di platform TikTok memaparkan Erry dan gadis tersebut seakan mesra dan saling berbalas mesej.

Menerusi temu bual bersama F8Buzz, Erry berkata dia hanya menganggap gadis tersebut seperti seorang peminat, atau hubungan bapa dan anak.

“Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana gadis bawah umur. Dia bukan siapa-siapa pun, dah macam anak.

“Mungkin dia ada perasaan sikit tapi saya tak pernah berfikir untuk berkahwin dengan dia atau bercinta dengan dia langsung,” katanya.

Sementara itu, disoal mengenai respons gadis tersebut di ruangan komen yang seakan memberi bayangan mereka benar-benar bercinta, Erry berkata berkemungkinan gadis tersebut mahukan mereka bercinta.

“Dia meminati saya dan suka jadi mungkin dia mahukan perkara itu terjadi. Benda itu membuatkan saya sedikit marah dengan dia.

“Dia screenshot semua mesej saya dengan dia dan kongsi di media sosial, orang lain akan menganggap saya ada hubungan (scandal) dengan dia.

“Saya tak pernah bagi nombor telefon, kami hanya berkomunikasi di Instagram,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan Erry bersama gadis tersebut mesra mengambil foto bersama, malah turut membalas mesej dengan emoji hati.

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Terbitkan 7 Tahun Lalu!” – Kelly Azman Luah Rasa Kecewa, Dakwa Erry Putra Ciplak Lagu Nyanyian & Ciptaannya

Artikel Berkaitan: “Buat Marketing Murahan Ke?” – Kongsi Foto & Kapsyen ‘Rog*l Time’, Netizen Sekolahkan Erry Putra

Sumber kredit video: F8Buzz

Aqilah Paharuzi