Categories: HiburanSelebriti

Muntah Darah Sehingga Keluar Gumpalan Rambut, Azharina Berdepan Gangguan Mistik?

Penyanyi Azharina Azhar tampil berkongsi pengalaman dirinya berdepan dengan gangguan mistik ketika menyertai sebuah pertandingan realiti stesen televisyen berbayar, beberapa tahun yang lalu.

Menurut Azharina, dia mengalami muntah darah selepas menjalani sesi raptai penuh sehari sebelum konsert akhir program realiti popular tersebut.

“Saya tidak pernah menceritakan mengenai pengalaman mistik ini pada mana-mana pihak termasuk media sebelum ini. Pada malam itu juga, saya muntah darah dan keluar segumpal rambut.

“Kejadian itu berlaku di hadapan pekerja saya dan doktor. Doktor pun tidak tahu apa punca sebenarnya. Saya ingatkan Ju-On hanya ada dalam filem, rupa-rupanya ada di dunia nyata juga,” katanya.

Namun, pelantun lagu Elegi Sepi ini menyifatkan individu yang suka mengamalkan perbuatan syirik itu tergolong dalam kalangan orang yang tidak percaya akan kebolehan diri sendiri.

“Saya percaya dalam dunia ini bukan ada manusia sahaja, ada banyak lagi makhluk halus yang lain. Siapa yang mengamalkan perbuatan sedemikian pada saya mereka tidak mempercayai diri dan bakat sendiri,” jelasnya.

Untuk perkembangan lain, Azharina akan bersaing bersama Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hardy Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor dalam program All Star Gegar Vaganza, bermula 24 September ini.

Manakala, lima lagi peserta ‘hot seat’ akan dipilih oleh peminat menerusi undian bermula semalam.

Fatin Nurain