Categories: HiburanSelebriti

Muzik Video ‘Lavida Raya’ Dapat Sentuhan Anak

Wow! Meriah betul muzik video ‘Lavida Raya’ nyanyian Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Klip video yang dimuatnaik di laman Youtube malam tadi mendapat tontonan seramai 59,000 sehingga kini.

Selepas kejayaan single I Am Me, Vida sekali lagi memilih genre rancak untuk pertaruhan kali kedua ini. Single Lavida Raya turut mendapat sentuhan Cat Farish dan lirik oleh Mohd Hilmi.

“ Kos pembikinan muzik video singlenya itu tidak terlalu mahal berbanding I Am Me. Penggambaran dilakukan dia rumah sendiri dan saya menggunakan penari daripada kalangan rakan-rakan sendiri termasuk dua anak saya iaitu Cik B dan Kacak sebagai watak utama,” katanya yang memilih irama catchy untuk menghiburkan pendengar.

Lebih menarik lagi, idea tarian Lavida Raya adalah hasil idea beliau dan anaknya, Cik Bi.

Tambahnya, beliau juga akan memberikan duit raya serta barangan peribadi miliknya kepada peminat yang berjaya memenangi Cabaran Lavida Raya sempena pelancaran lagu ini.

” Saya akan memberikan hadiah RM100 serta barangan peribadi saya seperti kasut, beg tangan dan pakaian setiap hari selama seminggu kepada peminat-peminat saya.

“Pemenang yang share (kongsi) muzik video single itu dengan #lavidaraya di akaun media sosial mereka serta memberikan komen terbaik akan dipilih sebagai pemenang,” katanya.

SGMS Faida