Categories: HiburanSelebriti

Shuib Gembira Melihat Perubahan Siti Sarah

Sebagai suami, Shuib mengakui beliau gembira melihat perubahan Siti Sarah apabila isterinya itu kini perlahan-lahan memakai hijab. Shuib juga berkata, getus hati kecilnya pasti mahu seorang isteri yang menutup aurat apabila berada dikhalayak ramai namun, segala keputusan terletak pada Siti Sarah sahaja. 

“Sebagai seorang suami saya bersyukur dan seronok melihat isteri saya sekarang yang bertudung. Tetapi saya tak mahu ada sebarang paksaan, biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kalau dia sayang saya kerana Allah, then dia akan pakai.” Jelasnya

Sumber : instagram @sitisarahraisuddin

Bagaimanapun, bagi Sarah beliau juga turut mengakui selesa bertudung buat masa sekarang dan sukar untuk memberikan jawapan mengenai perubahan imejnya itu. 

“Kalau Shuib tanya pun saya tidak boleh memberikan jawapan. Jika saya bertudung pun, saya akan pakai terus. Tak ada nak buat pengumuman. Buat masa sekarang, saya rasa selesa bertudung dan meminta agar semua peminat mendoakan saya.” katanya

Sumber : instagram @sitisarahraisuddin

Terbaru, Shuib dan Siti Sarah baru sahaja selesai mengerjakan umrah di Tanak Suci Mekah dan berkesempatan menyambut 10 hari pertama ramadan di sana. 

Salma Syahbuddin