Categories: HiburanSelebriti

“My Boys, Nak Adik Lagi Tak?” – Anzalna Nasir Dah Sedia Timang Cahaya Mata Lagi?

Pelakon Anzalna Nasir tampil memberikan bayangan dirinya seperti sudah sedia untuk menimang cahaya mata lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anzalna telah memuat naik gambar dua anak lelakinya, Eidrees dan Emirhan yang saling berpimpin tangan diiringi kapsyen yang mencuit hati.

“My boys ❤️ Nak adik lagi tak? hahaahahhahahahhah,” tulisnya.

Teruja dengan kenyataan spontan aktres itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa tidak sabar sekiranya pelakon yang pernah membintangi drama Aku Isterinya itu menimang cahaya mata perempuan.

Fatin Nurain