Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 9, 2023 @ 12:11pm

Umum Berita Ayda Jebat Hamil Anak Kedua Dikecam, Nabil Mahir Mohon Maaf – “Sebenarnya Saya Tersasul Nak Cakap…”

Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir memohon maaf kepada yang tidak selesa dengan caranya mengumumkan berita kehamilan isterinya iaitu penyanyi Ayda Jebat, pada bulan lalu.

Menurutnya, dia tidak sangka dikecam malah Nabil tidak mengetahui perkara tersebut tular.

“Saya pun terkejut sebab selepas pengumuman tu saya tak ada tengok komen-komen dekat media sosial jadi saya memang tak tahu.

“Sejujurnya saya cuma nak berkongsi berita gembira itu saja dengan cara tersendiri tapi saya minta maaf jika menyinggung mana-mana pihak.

“Sebenarnya saya salah cakap, tak tahu kenapa saya boleh tersasul. Saya nak cakap bersungguh-sungguh tapi boleh jadi berpeluh-peluh.

“Selepas cakap tu baru saya tanya Ayda eh apa saya cakap tadi dan ia berlalu begitu sahaja,” jelasnya yang ditemui bersama Ayda dan anaknya, Ana Nayla di majlis pelancaran produk baru Aurawhite di Park Royal Collection, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, dia memberitahu tidak dapat memuaskan hati semua orang dan memilih untuk tidak membaca komen demi menjaga emosinya.

“Saya memang tak baca komen atau apa saja berita di tabloid sebab saya juga perlu jaga emosi dan pastikan saya gembira.

“Kalau saya tak gembira atau emosi terganggu akan memberi kesan juga pada keluarga saya. Jadi saya tak mahu ambil tahu,” ujarnya.

Pada masa sama, Ayda pula berlawanan dengan Nabil dimana dia lebih memilih untuk membaca komen positif mahupun negatif namun dia tidak terkesan dengan kecaman yang diterima.

“Secara jujurnya saya dah biasa, Nabil pun tak risau kalau netizen cakap apa pun sebab saya tahu kawal emosi. Bagi saya emosi ini saya gunakan untuk lakonan sahaja.

“Saya baca semua dan setakat kecaman begini ia perkara kecil,” kata Ayda.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ana Nayla yang kini berusia hampir dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Statement ‘Berpeluh-Peluh Untuk Cuba Dapatkan Anak Kedua’ Jadi Pertikaian, Netizen Kritik Kenyataan Ayda Jebat & Nabil Mahir?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Ismail Izani Mudah Jatuh Hati Pada Gadis Lembut

Ismail Izani suka tengok gadis lemah lembut persis ibunya dan mudah jatuh hati pada gadis lembut

Trending Mon, 19 Apr 2021
Trending Mon, 7 Jan 2019

Mimpi Ngeri Pengantin Baru, Katerer Penipu Buat Kek Guna Polisterin

Malu, marah, sedih dan kecewa, perasaan pengantin bercampur-baur dengan perkahwinan idaman yang dimpikan bertukar tragedi

Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Hiburan Fri, 10 Mar 2023
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

为林文荪量身订造!曹格:这首歌终于找到主人了

「大马好女声」林文荪自推出《这世界终会记得我的名字》迷你专辑后,成功引起关注,而专辑内的其歌曲《我的天空一直晴朗》原来是恩师Gary曹格为她量身订造!

Featured Sat, 31 Dec 2022

Baju Koyak El Azman Dikecam! Netizen Datang Back Up, Siap Dedah Harga Sebenar – “Aku Google, Baju Tu RM4,000”

Usahawan terkenal, El Azman dikecam netizen kerana mengenakan baju ‘koyak rabak’ jenama Balenciaga. @elazman Replying to @Pokyie ♬ Ya Allah – Wali Menerusi video yang dikongsikan oleh El di TikTok, terdapat warganet yang cuba mempertahankan […]

error: Content is protected !!