“Nak Kerjasama Tapi Sombong, Susah Deal Dengan Orang Perasan Forever Hot & Top” –  Status Cetus Tanda Tanya, Adam Lee Tegur Pelakon Baru Meningkat Naik?

Perkongsian terkini pelakon, Adam Lee mencetuskan 1001 persoalan yang seakan melemparkan rasa marahnya terhadap pelakon meningkat naik.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, suami kepada aktres Sweet Qismina itu berkata niat baiknya untuk berkawan dipermainkan, serta individu tersebut dikatakan bongkak ketika mereka mahu berkerjasama.

Aktor drama rantaian Budak Tebing ini memberi teguran padu kepada aktor yang semakin dikenali ini bahawa akan tiba suatu masa nanti namanya akan perlahan-lahan menjadi ‘sendu’.

“Niat ikhlas tapi dipermainkan, niat berkawan tapi dimusuhkan. Niat berkerjasama tapi terlalu tinggi angkuhnya. Susah deal dengan manusia yang perasan goreng pisang panas dan selamanya hot dan top ni.

“Masa awak-awak akan slow juga nanti, ini semua sementara, percayalah,” tulisnya berserta tanda pagar #dunia baru-baru ini.

Bagaimanapun, sehingga kini Adam tidak memberi penjelasan tentang hantaran yang dimuat naiknya itu.

Artikel Berkaitan: Sabar Layan Kerenah Isteri, Aksi Adam Lee & Sweet Qismina Buat Trend Flower Undang Tawa – “Asal Bukan Bunga Tayar Sudah”

Artikel Berkaitan: “Gaduh Macam Mana Pun, Jangan Tidur Katil Berasingan” – Adam Lee & Sweet Qismina

Aqilah Paharuzi