“Nak Meniaga Tengok Tempat & Hormat Tuan Rumah” – Adam Corrie Luah Rasa Kesal Dengan Segelintir Peniaga Gara-Gara…

Pelakon Adam Corrie, 55, memuat naik sebuah ciapan di Twitternya meluahkan rasa kesal dengan segelintir peniaga atas talian.

Menerusi ciapan tersebut, Adam menjelaskan bahawa dia kurang gemar apabila ada segelintir peniaga yang menjual produk yang sama dengannya turut membuat iklan di ruangan komennya.

“Saya paling tak suka apabila ada orang boleh buat iklan produk baju Melayu di ruangan komen saya.

“Sebab saya juga jual baju Melayu dan kurta,” ciapnya.

Susulan itu, pelakon drama Remang itu meminta untuk menghormati perniagaannya dan menasihatkan kepada peniaga sebegitu untuk lebih peka.

“Nak meniaga tengok tempat dan hormati tuan rumah,” katanya lagi.

Atiqah Johari