Nama Instagram ‘missfazura’ Diguna Untuk ‘Giveaway’, Fazura Beri Amaran!

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal, Fazura berkongsi sebuah hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya apabila ada individu yang menyalahgunakan nama pengguna (username) di Instagram untuk tujuan penipuan.

Menerusi Instagram Story tersebut, Fazura ada berkongsi satu tangkap layar yang memaparkan perbualan individu tersebut menerusi pesanan langsung (DM) yang menyatakan dia telah dipilih secara rawak oleh Fazura untuk memenangi ‘giveaway’.

“Hello, anda telah dipilih secara rawak untuk memenangi giveaway yang sedang diadakan oleh @missfazura.

“Dan tahniah anda telah memenangi giveaway ini… bungkusan akan dihantar kepada anda,” tulis individu itu.

Sehubungan itu, isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini akhirnya memberi amaran kepada umum dengan menyatakan bahawa mesej tersebut adalah ‘scam’.

Terdahulu, Fazura juga pernah berhadapan dengan individu yang tidak bertanggungjawab, menipu orang ramai dengan menggunakan produk tudung dibawah jenamanya.

Atiqah Johari