Seronok Ke Luar Negara, Selebriti Wanita Popular Baru Bercerai Didakwa Pergi Bercuti Dengan Pelakon Kacak?

Seorang selebriti wanita popular menjadi bualan hangat apabila didakwa memuat naik foto ketika pergi bercuti bersama seorang pelakon lelaki.

Memetik laporan BOOM!, selebriti wanita tersebut baru sahaja mengumumkan bercerai dengan suaminya baru-baru ini.

Tetapi aktres wanita tersebut kini dilihat berseronok pergi bercuti ke luar negara selepas selesai penggambaran untuk sebuah drama.

Lebih mengejutkan, apabila diteliti gambar percutian artis wanita tersebut dia dilihat sedang berdampingan dengan seorang pelakon lelaki yang kacak.

Dikatakan lagi, pelakon lelaki tersebut masih berstatus bujang.

Ekoran itu, keakraban mereka dilihat seperti mempunyai hubungan dan jika betul, cepat pula selebriti wanita tersebut mencari pengganti.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari