DSV Sebak Kenang 2 Arwah Anak, Netizen ‘Busy Body’ Kata Lagi Rela Hilang Suami – “Saya Hilang Dua-Dua!”

Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Dato Seri Vida (DSV) memuat naik sebuah video yang mengenangkan dua orang anak lelakinya yang telah meninggal dunia akibat kebakaran rumah pada tujuh lalu.

Menurut DSV, kehilangan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin merupakan kehilangan yang paling sakit pernah dilaluinya.

“7 tahun berlalu, kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjnag hayat saya.

“Al-Fatihah (dibacakan) buat kedua putera saya Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun begitu, ada warganet yang meninggalkan komen pada hantaran DSV dengan menyatakan lebih rela kehilangan suami daripada anak.

Lebih menyedihkan, DSV dilihat membalas komen individu tersebut dengan menyatakan dia telah kehilangan kedua-duanya dan bernasib baik masih mempunyai anaknya Cik B serta Kacak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut sama rasa kesedihan yang dihadapi oleh DSV dan memintanya untuk tabah dengan ujian yang diberi Allah SWT.

Bukan itu sahaja, ada segelintir dilihat sempat membandingkan kecantikan DSV yang dahulu dan sekarang.

Ramai yang meninggalkan komen dengan menyatakan DSV dahulunya lebih cantik secara natural berbanding sekarang gara-gara bentuk bibirnya.

Untuk info, arwah anak DSV telah terkorban dalam sebuah insiden kebakaran rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada 2013 lalu.

Atiqah Johari