Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 8, 2023 @ 9:40pm

Nama Ismail Izzani Dituduh Hamilkan Seorang Wanita, Syarikat Pengurusan Mahu Saman Penyebar Fitnah

Sebelum ini heboh dakwaan yang mengaitkan penyanyi Ismail Izzani yang didakwa menghamilkan seorang wanita seperti yang tular di media sosial.

Tidak mendiamkan diri, ibu Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam turut tampil pertahankan anaknya dengan menafikan dakwaan bersifat fitnah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa Sedang Mengandung Anak Artis, Nama Ismail Izzani Pula Terpalit

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Paksa Saya Gugurkan” – Didakwa Enggan Bertanggungjawab, Wanita Dedah Sedang Hamil Anak Artis?

Terkini, Ismail menerusi syarikat pengurusannya iaitu World Peace Entertainment (WPE) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melemparkan tuduhan tersebut.

“Kami memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan Ismail Izzani dengan hantaran tersebut.

“Kami berharap isu atau fitnah ini dihentikan serta merta dan semoga pemilik akaun TikTok itu dapat menemui jalan penyelesaian sekiranya benar dirinya teraniaya seperti yang dinyatakan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, WPE turut memaklumkan pihaknya telah mengambil maklum dan meneliti mengenai dakwaan terhadap artis naungannya itu sejak semalam.

“Pihak kami ambil maklum mengenai satu isu yang sedang tular sejak dari semalam (Rabu, 7 Jun 2023).

“Sebuah hantaran yang dilakukan pemilik akaun TikTok @HatiBushuk dan @shrimpippy8621p mengenai dirinya yang sedang hamil.

“Dan di ruangan komen, nama artis di bawah naungan kami iaitu Ismail Izzani telah dikaitkan tanpa bukti yang munasabah.

“Setelah meneliti ruangan komen, pemilik akaun TikTok tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa Ismail Izzani bukanlah artis yang dimaksudkan dan seperti tuduhan yang diperkatakan oleh netizen,” tulis kenyataan itu.

Tidak mahu isu itu terus berpanjangan, WPE berharap nama pelantun lagu Sabar itu tidak dikaitkan lagi dengan tuduhan dan spekulasi tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial satu dakwaan mengatakan seorang selebriti lelaki enggan bertanggungjawab selepas dikatakan menghamilkan seorang wanita.

Lebih mengejutkan, selebriti lelaki tersebut juga didakwa mendesak wanita berkenaan untuk menggugurkan kandungan sebelum dia meninggalkan diri tanpa rasa bertanggungjawab.

Tidak lama kemudian, hantaran fitnah yang dibuat akuan TikTok tersebut juga telah dipadam kerana pendedahan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Did BTS’ Jin Lose a Bet? WTF is He Wearing?!

Big Hit Entertainment even released a statement regarding his outfit!

Featured Tue, 24 Sep 2024

Lana Nodin Mengaku Suami Diganggu Lelaki Songsang?

MasyaAllah, bertuahnya Lana!❤️

Trending Sun, 19 Jun 2022
Drama Mon, 29 Jun 2026

Irfan Zaini ‘Takut’ Bawa Watak Penyondol, Dedah Ibu Pantang Tengok Lakonan Tak Kira Watak Jahat Atau Baik – “Keluarga Saya Agak Alim”

Irfan Zaini mengakui berdepan cabaran membawakan watak Fariz dalam drama terbaharu lakonannya, Luka Di Hujung Setia.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Aku Dah Tak Kuat” – Amyza Aznan Menjerit, Menangis Seorang Diri Dalam Kereta

Dia mengakui dirinya tidak sekuat yang disangka oleh ramai pihak apatah lagi selepas berdepan ujian berat melibatkan dua anaknya dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Trending Sat, 22 Aug 2020
error: Content is protected !!