Netizen Cakap Wajah Nabila Razali ‘Pelik’ Gara-Gara Solekan?

Nama penyanyi Nabila Razali sering menjadi bualan peminat sejak akhir-akhir ini, apabila dikritik hebat oleh warganet gara-gara teaser untuk mempromosikan lagu terbaharunya.

Terbaharu, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah foto dirinya di laman Instagram, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, pelantun lagu Peluang Kedua itu memuat naik foto dirinya yang mengenakan busana serba putih yang dipakainya ketika membuat penggambaran video muzik terbaharunya.

Namun apa yang menjadi bualan netizen adalah terdapat segelintir netizen mengatakan wajah Nabila kelihatan pelik dalam foto tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa komen diberikan mengenai penampilan penyanyi itu yang rata-ratanya berkata wajah Nabila kelihatan sangat matang.

Namun, ada juga yang tampil memberi komen bahawa ia hanyalah kesan solekan sahaja.

Biarpun terdapat segelintir yang mempersoalkan mengenai wajah Nabila, tetapi ramai juga yang memuji penyanyi itu yang kelihatan sangat anggun.

Khairil Khusyairi