“Netizen Jangan Jadi Hipokrit” – Shahrulezad Mohameddin Terpaksa Sokong Kenyataan A. Aida

Kecaman bertubi-tubi terhadap pengarah dan penerbit A. Aida masih menjadi topik hangat sehingga ke hari ini. Mana taknya, kenyataan yang dikeluarkan semasa sesi ujibakat DFKL 2019 baru-baru ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah golongan artis dan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri termasuklah pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin.

Menerusi muatnaik yang dikongsikan di laman instagram miliknya semalam, beliau dilihat menyokong kenyataan yang dibuat oleh A.Aida kerana menganggap kenyataan itu adalah realiti.

Namun, menurut beliau adalah lebih baik sekiranya A. Aida membuat kenyataan tersebut secara berlapik.

Tambahnya lagi, beliau terpaksa menempelak sikap sebahagian netizen yang menolak kebenaran kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aida dan melabel mereka sebagai seorang yang hipokrit.

 

Apapun, bagi pengarah drama bersiri popular Nur ini, peserta yang datang ke ujibakat DFKL 2019 nanti haruslah lebih peka terhadap personaliti, penampilan dan bakat mereka. Dan, yang paling penting adalah kena work triple hard okay!
Salma Syahbuddin