Netizen Samakan Busana Seperti ‘Ikan Laga’ Ketika Temu Bual Mira Filzah, Ini Respons Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila busana yang dipakainya ketika menemu bual pelakon Mira Filzah dalam sebuah rancangan disamakan seperti ikan laga.

Melihat foto yang tular, Neelofa yang mengenakan dress labuh berwarna biru manakala Mira Filzah pula memakai dress labuh berwarna merah itu dilihat seakan-akan menyamai bentuk dan warna ikan tersebut.

 

Oleh itu, warganet dilihat terhibur dengan busana dua selebriti jelita itu namun ramai yang memuji kerana mereka menutup aurat dan kelihatan cantik.

Susulan itu, menerusi hantaran Neelofa di Instagram Stories (IGS), dia mengakui bahawa mereka kelihatan seperti ikan laga seperti yang dikatakan warganet selepas melihat semula gambar-gambar tersebut.

“Tengok balik gambar-gambar memang betul macam ikan laga.

“I suka ikan laga so okay lah,” kata Neelofa.

Atiqah Johari