Nikah Kali Keempat, Bekas Pemain Badminton Nombor Satu Negara Roslin Hashim Kini Suami Anggota Polis!

Selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, bekas pemain badminton nombor satu negara iaitu Roslin Hashim dilaporkan telah selamat melangsungkan perkahwinan kali keempat dengan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Ruzie Halim semalam. Tahniah Xtra ucapkan buat pasangan ini!

Pasangan itu telah memilih untuk disatukan di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan majlis dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.

 

Roslin atau pemilik nama Muhammad Roslin bin Hashim ini menyatakan perkahwinan itu adalah merupakan sebuah episod baru dalam kehidupannya dan berharap akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah perkahwinan ini adalah episod baharu dalam hidup dan mengharapkan akan kekal hingga akhir hayat.

“Saya tetap memberikan fokus kepada badminton walaupun sudah berkahwin kerana itu adalah mata pencarian,” kata Roslin.

Difahamkan resepsi kedua akan berlangsung di Kelantan pada 20 Mac minggu depan.

 

Terdahulu, perkahwinan Roslin mencetuskan kontroversi apabila menceraikan isterinya Faizah Mohamed, 35, selepas 12 hari bergelar suami isteri.

Selain Faizah yang dinikahi pada 30 Januari 2007, Roslin pernah berkahwin buat kali kedua dengan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Nurhayati Othman, 41, 9 Julai 2010 dan sempat melayari bahtera rumah tangga dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Belum reda dengan kontroversi terbabit, Roslin mengaku berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita pada 2011 namun identiti pasangan itu dirahsiakan.

Apa-apa pun sekali lagi, tahniah Xtra ucapkan buat Roslin Hashim dan pasangan! Semoga perkahwinan yang terbina diredhai dan berkekalan selamanya.

Sumber foto: Instagram lifestyleweddings.co, Instagram Hafiz Hashim

Sumber: Harian Metro

Syafiqa Irdina