Nilai Mata Wang Malaysia Terlalu Rendah, Awal Ashaari Akui ‘Berkira’ Untuk Belanja Di Italy – “Tak Shopping, Gila Nasi Goreng Dua Nak Dekat RM100”

Pengacara dan pelakon terkenal, Awal Ashaari meluahkan rasa kesal terhadap nilai mata wang Malaysia yang dikatakan sangat lemah.

Menerusi hantaran di platform Threads, Awal yang kini sedang berada di Italy bersama isteri tercinta, Scha Alyahya menjadi seorang yang berkira dengan duit.

Jelasnya lagi, nilai mata wang Malaysia sangat rendah berbanding dengan nilai Euro yang digunakan di Italy itu.

Tambah aktor filem terkenal Syurga Cinta itu, dia tidak membeli belah kerana sudah banyak menghabiskan wang untuk perbelanjaan mereka sepanjang berada di sana

“Out of all my many trips in Italy, Ive never felt so berkira like this. Beli kopi pun dah berpuluh puluh ringgit.

“Shopping tak pun tapi dah beribu habis on expenses. Our ringgit is so weak. €10 is RM50.

“Beli nasi goreng dua tadi pun dah €18 so nasi goreng tadi nak dekat RM100?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang meluahkan rasa terkejut atas luahan hati Awal itu.

Artikel Berkaitan; [VIDEO] Nilai Mata Wang Ringgit Semakin Merosot, Azhar Sulaiman Beri Nasihat Untuk ‘Survive’ Di Luar Negara- “Jangan Malu Kerja Basuh Pinggan, Waiter”

Aqilah Paharuzi