Padam Posting Isteri Hamil, Caprice ‘Sound’ Netizen Mulut Puaka -“Mondy Yang Bertatu Jauh Lebih Baik Dari Yang Sopan Macam Akak”

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berasa terkilan selepas ada individu meninggalkan komen kurang sopan terhadap hantaran yang dimuat naiknya berhubung berita kehamilan isterinya, Farra Inalis.

Menurut Caprice, dia terpaksa memadam hantaran tersebut dek kerana ramai yang meninggalkan kata-kata lucah sehingga membuatkan perasaan isterinya terguris.

Bahkan, ada yang sanggup meminta isterinya untuk menjalankan ujian genetik (DNA) bagi membuktikan sama ada bayi tersebut anak Caprice atau sebaliknya.

“Terima kasih Kak Liza sebab buktikan yang seorang macam Mondy yang bertattoo jauh beza lebih baik daripada seorang yang nampak sopan dan ayu macam akak.

“Disebabkan ramai keluar kata-kata lucah macam ni dan buat isteri saya terguris hati, saya decided untuk padam the last posting regarding our upcoming baby. Terima kasih untuk semua doa kalian,” katanya.

 

Terdahulu, Caprice memaklumkan kepada umum bahawa dia dan isteri bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN:Caprice Umum Isteri Hamil 5 Bulan, Akui Pernah Tangguh Nak Ada Anak Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN:Rakan Baik Ebit Lew Tampil Backup, Caprice Pula ‘Tala’ Bukti – “Bila Agamawan Tak Takut Dengan Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN:Minta ‘Acah’ Solat Demi Content? Mondy Tattoo Timbulkan Dakwaan Mengenai Ebit Lew – “Dia Usap Tangan Saya Sebelum…”

Salma Syahbuddin