Hiburan By: Dhia Iwana March 6, 2024 @ 6:13pm

Pak Nil, Hazeman Huzir dan Jamal Jamaluddin Tampil Sebagai Wajah Baru Kool FM.

Kool 101 adalah salah satu radio di Malaysia yang sentiasa menyampaikan isu semasa dan sosial kepada pendengar.

Pelbagai perkara istimewa yang Kool 101 bawakan untuk pendengar tahun ini antaranya ialah Kool-Ways Giveaway, Seratus Satu Kool, Masterclass Kool 101 dan banyak lagi.

Lebih menarik apabila Kool 101 memberikan nafas baru kepada pendengar apabila mereka menampilkan Datuk Aznil sebagai penyampai baru.

Datuk Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil yang berpengalaman sebagai penyampai berita, wartawan, pelakon, penyanyi akan bergandingan dengan Haiza dan Muaz dalam segmen Pagi On Point Extended.

Kool 101 pada kali ini turut memberi peluang kepada pendengar untuk berinteraksi secara langsung bersama Datuk Aznil di mana mereka diberi peluang untuk berkongsi masalah berkaitan perhubungan, kekeluargaan mahupun kehidupan dan Datuk Aznil akan memberikan pandangan, nasihat dan tips peribadi beliau.

Kool 101 juga mengambil inisiatif ini dimana bukan sahaja Paknil sebagai wajah baru di Kool 101, malah Hazeman Huzir dan Jamal Jamaluddin juga adalah wajah baru untuk Kool 101.

Hazeman yang akan bergandingan bersama Hanif dalam PM Kool manakala Jamal Jamaluddin dalam segmen Ceruta Malam Kita.

Kool 101 boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak. Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Kool 101 secara live streaming di www.kool101.audio dan YouTube Kool 101 TV.

Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Kool 101 di Facebook kool101my, Instagram @kool101my, Twitter @kool101my dan TikTok @kool101my juga boleh Whatsapp di 017-276 5656. Kool 101 juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Jika Ragu-Ragu, XPDC Sedia Pulangkan Duit Pembeli Semula

Kata vokalis, Mael, XPDC memperkenalkan sistem tempahan awal atau pra tempahan untuk mendapatkannya.

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Fesyen Marion Caunter Dan Anak-Anak Jadi Perhatian

kalau mampu apa salahnya…untungnya nasib badan.

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bosan ‘Diserang’ Netizen, Ayu Ting Ting Minta Carikan Suami

Semoga Ayu segera bertemu jodoh. Manalah tahu, jodoh Ayu mungkin orang Malaysia? Eh!

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Bekas Suami Gembira Fasha Bertemu Jodoh Semula

Semoga lepas ini Rizal pula bertemu jodoh pula ya. InshaAllah…

Featured Mon, 11 Oct 2021

“Bukan Mudah Untuk Tarik Perhatian..” – Kendalikan ABPBH 34 Secara Solo, Sherry Alhadad Akui Gementar

Pengacara berbakat, Sherry Alhadad kembali mengemudi pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 sebagai pengacara buat tahun ini. Menerusi sidang media maya ABPBH 34, Sherry mengakui perasaaan bercampur baur apabila mendapat tahu bakal mengendalikan majlis […]

Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Fri, 26 Apr 2024