‘Patutlah Tak Balik Rumah…’- Isteri Cef Fikree Kecewa Suami Skandal Dengan Isteri Orang

Cef selebriti, Cef Fikree Aznan dilaporkan menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Perkara itu didedahkan oleh isterinya, Zuriehan Ben Yahya menerusi laman Instagram miliknya @zuriehanbenyahya.

“Im the one (saya) yang cari rumah untuk pindah, improved (perbaiki) life (kehidupan) Jayden dan mahu Fikree selesa.

“Susah payah deal (berunding) dengan ejen dan bungkus barang pindah seorang diri kononnya, Fikree bz(sibuk). Patutla tidak balik rumah, kereta perempuan itu pakai, kasut perempuan itu ada dalam rumah,” tulisnya di Instagram.

Menurut Zuriehan, dia turut melaporkan perkara tersebut kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagaimanapun mendakwa JAIS lewat tiba ke lokasi.

“JAIS lambat datang. Masa Fikree bagi JAIS masuk, perempuan itu sudah keluar melalui pintu belakang,” dakwanya.

Malah ketika kejadian, Fikree juga tidak menghiraukan kehadiran anak sulungnya Jayden.

Sehubungan itu, Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah.

SGMS Enal