Pelakon Dakwa Berat Badan Susut Akibat Sihir, Rupa-Rupanya ‘Tahi Dadah’ & Belasah Isteri?

Sebelum ini, seorang pelakon lelaki mendakwa dirinya terkena sihir sehinggakan tidak menerima apa-apa tawaran.

Memetik laporan BOOM!, pelakon tersebut turut mendedahkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan yang drastik iaitu sebanyak 20 kilogram angkara terkena buatan orang.

Namun begitu, dia dikatakan sebenarnya mengambil barang terlarang sehingga hilangan pertimbangan.

Lebih parah, aktor itu juga didakwa belasah isterinya sehingga laporan polis terpaksa dibuat.

“Mujurlah tak kecoh kesnya pukul bini tu. Kalau tidak, terbukalah pekung,” tulis BOOM!

Malah, pelakon itu juga dilabel ‘biawak hidup’ kerana hidupnya ditanggung oleh isteri. Isterinya dulu dikatakan bekerja dalam sektor kerajaan, namun telah berhenti dan kini hanya mengharapkan ‘product review’ di media sosial.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari