Featured By: Atiqah Johari May 5, 2023 @ 7:16pm

Pelakon Jeff Hassan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Seorang lagi penggiat seni, Jeff Hassan dikhabarkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi tadi.

Memetik laporan mStar, pelakon yang membintangi drama-drama popular seperti Gerak Khas itu dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2.15 pagi di Hospital Segamat, Johor.

Berita duka ini disahkan oleh rakan selebriti iaitu Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud.

“Saya dapat berita sedih ini daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Saya dimaklumkan Allahyarham meninggal sebab sakit jantung,” jelasnya.

Kongsi Mak Wan, dia tidak pernah mengetahui bahawa Allahyarham Jeff menderita sakit jantung kerana sering dilihat dalam keadaan yang sihat.

Mak Wan juga kerap bekerjasama dengan Allahyarham dan menyifatkan Jeff sebagai seorang pelakon yang berbakat dan baik.

“Dulu saya selalu juga bekerjasama dengan dia tapi saya tidak tahu pula dia pernah sakit sebab nampak dia sihat sahaja.

“Dia bagus berlakon. Dia selalu buat hal dia sendiri tak kacau orang lain. Dia akan menilik skrip dia dan tidak mencampuri urusan artis lain,” kata Mak Wan kepada mStar.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Bandar Putra, Segamat pada 8 pagi tadi dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Jawa, Segamat, Johor.

Untuk makluman, Allahyarham Jeff sering muncul di kaca televisyen dengan membawa watak sebagai imam selain watak polis menerusi drama Gerak Khas.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 18 Nov 2018

Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

”Saya Dah Tak Mampu Teruskan Kehidupan,” Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Tips Untuk Kulit Cantik

Siapa yang tidak inginkan kulit cantik bukan. Ini perkongsian dari Bella Dally bagaimana beliau menjaga agar kulit kelihatan cantik  1. Tidak pernah tinggalkan rutin penjagaan kulit Bella mengamalkan tiga langkah sebaik bangun dari tidur. Cuci muka, […]

familuv Thu, 22 Dec 2022

Pandainya! Gelagat Anak Saharul Ridzwan Selawat Curi Tumpuan Ramai

Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan […]

Featured Thu, 10 Aug 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2024