Categories: HiburanSelebriti

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Anggota kumpulan BLACKPINK Jennie terkejut apabila dilamar seorang peminat ketika mengadakan konsert di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

Menariknya, Jennie tidak menunjukkan reaksi marah atau terkejut sebaliknya dia meletakkan botol minumannya dan menghulurkan tangan sambil berkata ‘Beri aku cincin itu’.

Rata-rata peminat terhibur dengan jawapan spontan Jennie malah memuji sikap profesional yang ditunjukkan.

Menerusi komen di Instagramnya, ada juga netizen yang cemburu dan meninggalkan komen berjenaka seperti ‘Saya rasa harus menggunakan semua wang simpanan saya untuk melamarnya’. Iyalah… Jennie kot! 

SGMS Faida