Featured By: Khairil Khusyairi January 3, 2023 @ 6:26pm

Peminat Puji Johan & Ozlynn Sambut Tahun Baru Dengan Tazkirah – ”Mana Tak Biasa, Kita Biasakan”

Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn menjadi perhatian warganet apabila memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga pada malam tahun baharu, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Johan memberi tazkirah kepada keluarganya disusuli dengan makan-makan bersama.

“Malam new year kita berkumpul, buat harfiah. Sesambil bercerita tentang kebesaran Allah S.W.T, membuatkan kami semua lebih bersyukur atas nikmat yang Allah pinjamkan (keluarga).

“Selepas solat kita tengok semua bermaafan.. mana yang tak biasa kita biasakan.. pelan-pelan kayuh bak kata papa.. nak melakukan perubahan yang baik kelilinglah dengan orang yang baik-baik, kalau ada seorang dua yang tak baik pon kita boleh pelan-pelan sama-sama ajak berbuat baik.

“Selalu papa pesan, jangan pandang serong luaran orang kalau tak kenal.. sebab tu kalau dalam media sosial papa selalu pesan, kalau org tu boleh buat u rasa tak happy, unfollow terus atau block.. kalau tak kenal jangan berlebih-lebih bercakap takut sampai jatuh fitnah,” kongsi Ozlynn.

Tambah Ozlynn lagi, mereka juga turut meluangkan aktiviti bersama seperti masak bersama dan pergi membeli belah.

“Lepas habis urusan akhirat kami teruskan kehidupan duniawi pulak.. kita makan-makan… buat Bbq..habis melantak kaum adam ajak abah pegi main snooker..nasib boleh bangun subuh. Kalau tak memang last la korang pergi tempat tu.

“So esoknya kami kaum hawa main masak-masak pulak. Alhamdulillah atas rezeki yang ada.. berkongsi sorang sikit.. shopping jalan-jalan menghabiskan tahun 2022 untuk tahun 2023.. moga tahun 2023 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua aamin,” harap Ozlynn.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

Kaum Lelaki, Awas Dengan Jenis Serangan Ini!

Lelaki pun ada penyakit yang digelar pembunuh dalam senyap. Nak tahu jom baca perkongsian ini

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Events Wed, 7 Feb 2024

Rezeki Jual Bundle, Bukti Neo Mampu Tepis Kata Hinaan… Kini Tampil Dengan Single ‘Oh Ibu’

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak ada siapa yang tahu kan…. Moga terus berjaya Neo!❤️😍

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Bukan Lagu Cinta Biasa, Haqiem Rusli Bakal Berikan Kejutan Di AJL 34!

Mampukah ‘Lembah Kesepian’ buka minda pendengar? Tak sabar tunggu kejutan dari Haqiem Rusli!