Hiburan By: Syamir Shafie November 9, 2023 @ 6:44pm

Sedar Diri Suara ‘Biasa-Biasa’, Afiq Adnan Rasa Belum Layak Sertai Pertandingan Nyanyian

Pendatang baharu dalam dunia seni nyanyian, Afiq Adnan merasakan dirinya belum layak untuk sertai mana-mana pertandingan nyanyian.

Menurut Afiq, suaranya sesuai untuk tujuan komersial sahaja buat masa sekarang.

“Sejujurnya, saya sendiri merasakan suara saya tak sesuai untuk masuk competition. Suara saya sesuai untuk komersial dan untuk orang enjoy,” katanya kepada XTRA.

Afiq atau nama sebenarnya Mohd Afiq Haziq Adnan memberitahu industri seni nyanyian kini mempunyai persaingan yang sangat sengit.

Lebih-lagi lagi, kemunculan banyak pempengaruh yang mengejar populariti semata-mata tanpa berdiri atas bakat sendiri.

“Saya risau dengan kemunculan pempengaruh yang tidak ada ilmu tetapi ingin jadi menyanyi, mereka pula terkenal disebabkan kontroversi,” katanya lagi.

Baginya, untuk kekal relevan, penyanyi harus mempunyai bilangan pengikut yang ramai di media sosial.

“Kalau dia ada pengikut yang ramai, itu rezeki dia. Dia mudah untuk mendapatkan populariti,” ujarnya.

Bermula dengan menyanyi di laman Instagram, Afiq kini lebih dikenali dalam kalangan penuntut universiti.

Jejaka itu turut meluahkan rasa teruja dan gembira kerana banyak menerima undangan nyanyian di universiti. Katanya, dia telah menghadiri lebih 20 universiti tahun ini.

“Saya menerima banyak tawaran untuk mengadakan persembahan di universiti dan politeknik. Saya terkejut kerana bakat saya mendapat sambutan hangat. Saya gembira kerana dapat mengembara seluruh negeri di Malaysia dan mengenali ramai orang,” jelasnya.

Anak kelahiran Selangor yang meminati Afgan dan Anuar Zain itu meraih pujian netizen kerana kemampuan membuat susunan muzik sendiri serta mempunyai ton yang mampu memukau pendengar.

Agak sibuk membahagikan masa untuk belajar dan bekerja, Afiq yang merupakan penuntut kursus Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bagaimanapun tetap meletakkan keutamaannya terhadap pelajaran meskipun jadual padat dengan persembahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Tujuh Tahun Berkahwin, Kris Dayanti Mengaku Masih…

Yang pasti apa jua kesalahan kita ada saringan, punya ‘alarm’. Macam malu kalau ada buat salah…

Events Sat, 14 May 2022
Featured Tue, 8 Aug 2023
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

《春天花啦啦!》收视告捷破10点

八度空间原创强档贺岁电视剧《春天花啦啦!》自开播以来深受剧迷们的喜爱,第五集于2月12日(星期一)更刷下收视最高点10.5点佳绩,是本地电视剧时段“搬家”以来最高的收视点!

Events Wed, 7 Aug 2019

张家辉看《使徒行者2》大哭!自嘲年纪大不考虑回TVB拍戏

张家辉自爆看《使徒行者2》大哭!被问会否回TVB拍戏?他坚决说不,还打趣的指 “都几十岁的人,怕拍拍下就那样走了!”

Featured Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Syafinaz Kongsi Penyanyi Tanah Air Ada Kualiti Natural Dalam Vokal

Fuhhhh, penyanyi hebat hebat semua 🤩🤩 Cayalahhhh

Hiburan Mon, 25 Feb 2019