Penampilan ‘Free Hair’ Alya Iman Kejutkan Aidilfitri Netizen – “Iman Tak Boleh Diwarisi”

Pelakon Alya Iman tampil mengejutkan ramai netizen selepas berkongsi videonya tanpa mengenakan hijab, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Alya sendiri menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Alya kelihatan jelita berambut panjang dengan mengenakan sepasang baju kurung biru lembut.

”Selamat Hari Raya,” tulisnya.

Terkejut melihat penampilan terkini pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.

Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang bersetuju dengan penampilan terkininya itu dan berharap dia kembali bertudung semula.

Untuk makluman, Alya merupakan anak perempuan kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha yang pernah membintangi filem Ali Setan.

Fatin Nurain