Pendakwah Popular Ini Terus Dikritik Selepas…

Pendakwah terkenal, PU Amin atau nama sebenarnya Ustaz Amirul Amin terus dikritik hebat di laman Twitter gara-gara tweetnya yang mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata berpendapat, sebagai seorang yang bijak dalam bidang agama, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Menerusi Tweet pendakwah muda ini, dia menulis apa yang terjadi di Indonesia termasuk di Lombok adalah satu pengajaran dari Allah SWT kerana maksiat telah banyak berlaku terutamanya di kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.

Lihaat sahaja bagaimana respon netizen di Twitter, memang marah habis… Kenyataannya dikatakan tidak menjaga sensitiviti penduduk di sana. Benar? 

Tweet popular itu telah dipadam beberapa jam kemudian. Benar bagai apa dikata, ‘Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…’ anda sambung sendiri!

Mungkin PU Amin mempunyai alasan tersendiri atas kenyataan tersebut. Kita tunggu ok? 

SGMS Faida