Categories: HiburanTrending

Penyelesaian Unik Dalam Memperkasakan Jenama, REV Ad Manager Buka Lebih Banyak Peluang Dengan CROWDFACTOR X!

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menjadikan produk anda dikenali oleh berjuta-juta orang? Pada waktu dahulu, ia merupakan satu langkah yang agak mencabar, dan sebagai pemasar, pasti anda akan memikirkan tentang kos yang tinggi bukan?

Pastinya kos menjadi faktor utama #1 yang perlu difikirkan sebelum menggunakan bajet yang diperuntukan untuk pemasaran. Dengan peruntukan yang agak terhad, anda akan lebih tertumpu kepada pemasaran media sosial sahaja. Adakah ia sudah mencukupi?

CROWDFACTOR X, rancangan realiti crowdfunding dalam talian pertama di dunia memilih untuk menggunakan cara yang lebih berkesan dan kos efektif untuk memasarkan kandungan mereka sehingga boleh dilihat oleh 15.8 juta rakyat Malaysia setiap bulan. Bagaimana mereka melakukannya?

Mudah. Daripada mereka memeningkan kepala untuk memikirkan saluran yang tepat dan menyasar audiens yang strategik sendiri, mereka memilih untuk menggunakan REV Ad Manager (RAM), satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group, penerbit digital terkemuka Malaysia juga merupakan cabang digital Media Prima Berhad dan Dattel Asia Group yang memberikan anda akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.

Objektif CROWDFACTOR X adalah untuk mendorong trafik ke laman web mereka untuk siaran LANGSUNG rancangan itu, di mana syarikat-syarikat dari 8 usahawan berpengelaman akan dikaji dengan teliti untuk mengetahui siapa di antara mereka yang layak mendapat RM25 juta dalam crowdfunding. Dalam tempoh 3 hari, kita bakal menyaksikan siapa yang akan menjadi Ultimate Nation Builder.

Dengan kadar yang mampu milik, serendah RM1,000 minimum bagi satu kempen, CROWDFACTOR X hanya membelanjakan RM4,000 untuk mencapai objektif kempen mereka dan telah menyaksikan banyak peluang tercipta dari kejayaan rancangan ini.

Bagi 2x Kesedaran (MREC) dan 2x Prestasi (Mobile Sticky Bottom), MREC CTR telah meningkat dari 0.30% kepada 0.18%, dan telah melonjak dari 3.08% kepada 5.1% untuk Mobile Sticky Bottom CTR, dimana kedua-duanya telah melebihi tanda aras yang ditetapkan.

“Kita telah berjaya menjana sejumlah 54,000 penonton untuk kandungan CROWDFACTOR X setelah menjalankan iklan dengan RAM”, ujar Ernie Chen, Pengarah dan Hos CROWDFACTOR X.

Tambah beliau, “ Kita juga berjaya menarik lebih ramai penaja untuk menaja siri yang akan datang dan merancang untuk projek pemasaran yang seterusnya.

“Menyiarkan iklan dengan RAM pastinya alat iklan pemasaran paling kos efektif yang akan mencipta hasil jualan segera!”

Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda apabila bekerja dengan RAM:
1. Anda tidak membeli saluran, anda beli RANGKAIAN penonton.
2. Tidak perlu pilih saluran, RAM CADANG & BERI KHIDMAT
3. Penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.

Memperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan. Dengan 5 langkah mudah ini, anda tidak perlu bimbang lagi.

1. Cipta kempen
2. Cipta audiens
3. Cipta reka bentuk
4. Bayar dan terbitkan iklan
5. Laporan prestasi

RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran.

Jualan Umbi Kids meningkat menjelang Hari Raya

Syarikat pakaian mesra keluarga, Umbi Kids telah menjana lebih banyak jualan menjelang Hari Raya. Sebagai sebuah syarikat fesyen, memperoleh audiens yang tepat untuk melihat produk mereka adalah sangat penting supaya dapat diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit! Bagaimana jualan Umbi Kids boleh meningkat? Percaya atau tidak, mereka hanya menggunakan 5 cara mudah dengan REV Ad Manager (RAM)!

Memfokuskan kempen tunggal untuk jenis iklan prestasi (mobile sticky bottom), Umbi Kids telah menunjukkan peningkatan sehingga 3.53% dalam CTR , melebihi paras yang ditetapkan. Bermodalkan RM2,000 sahaja, mereka berjaya meningkatkan jualan menjelang Hari Raya.

Menurut Pengarah Pemasaran Umbi Kids, Heng Yeow Tang, REV Ad Manager telah membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti mereka dalam mencapai lebih ramai audiens.

Mereka fleksibel dalam menyesuaikan kempen pemasaran mengikut bajet pemasaran anda, di mana ia sangat membantu!

Ujar salah seorang rakan pemasaran REV iaitu Aizat Sultan, kelebihan utama dalam pengiklanan di REV untuk pelanggan adalah bilangan impressions yang tinggi untuk jenama mereka yang boleh diperoleh dari halaman popular REV, bahkan REV Ad Manager membantu untuk mencadangkan dan menyediakan pilihan untuk halaman terbaik bagi mensasarkan audiens yang lebih sesuai untuk jenama dan objektif kempen.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan khidmat REV Ad Manager, anda boleh layari https://revmedia.my/rev-ad-manager/.

Padin