Peragakan Kasut Tumit Tinggi, Otam Blurr Undang Tawa Netizen – “Tak Tahu Macam Mana Perempuan Boleh Hadap…”

Pempengaruh Otam Blurrr yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ dalam melakukan video parodi kelakar sekali lagi tular di laman TikTok.

@otamblurrrrrNasib baik aku jantan pakai kasut biase2 je ahhahaaha♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s fifty.💋💅🏻✨

Baru-baru ini, tular satu video berdurasi 29 saat yang dimuat naik di akaun TikTok memaparkan pemilik nama sebenar Mohd Rustam Johari sedang ‘catwalk’ sambil menggayakan kasut tumit tinggi berlatar belakangkan lagu ‘No Comment RM50 Saja’ membuat ramai warganet terhibur.

“Aku tak tahulah macam mana perempuan boleh hadap pakai kasut tumit tinggi, aku pakai sekejap dah sakit-sakit kaki pinggang!” tulisnya.

Susulan daripada itu, cara ‘catwalk’ Otam yang lemah lembut umpama seorang wanita akhirnya menyerlahkan sisi kelakiannya apabila kaki Otam sudah sakit menggayakan kasut tumit tinggi tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi Otam itu dan ada yang teruja melihat cara ‘catwalk’ Otam yang santai menggayakan kasut tumit tinggi sambil badannya melentik mengalahkan seorang wanita.

“Kalau kita dah terkengkang jalan.

“Kau lagi sempoi bang kalau aku dah terlentang!” tulis seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 458,000 tontonan, dan lebih 27,000 tanda suka.

Halimey Zamal