Percutian Caravan Nabila Huda Dan Keluarga Jelajah New Zealand!

Seronok betul melihat gambar-gambar percutian pelakon, Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil, bersama ahli keluarganya termasuk ayahnya penyanyi rock lagenda, Amy Search di New Zealand.

Berlatarbelakang kan pemandangan yang indah, sukar untuk tidak turut rasa teruja dengan percutian mereka yang memilih untuk mengembara di bahagian selatan New Zealand menaiki caravan selama 2 1/2 minggu!

Umum tahu yang terdahulu hubungan dingin pelakon filem Wangi ini dengan ayahnya, Amy sehinggakan bertahun-tahun tidak bersemuka dan Abil telah menyalahkan ibu tirinya, Qasander sebagai penyebab hubungan mereka anak beranak dingin. 

Tetapi pertengahan tahun ini, mereka telah berbaik-baik semula dengan campur tangan pengarah dan pelakon Erma Fatima selaku orang tengah.

Baca:‘Abil, Kami Mohon Maaf’- Isteri Amy Search Lega Konflik Berakhir

Apa-apa pun, kami di Xtra turut gembira melihat, bukan sahaja hubungan anak dan ayah pulih, tetapi Abil juga kelihatan seronok menikmati percutian itu dengan adik-adik tirinya. 

Untuk rekod, Amy berkahwin dengan Qasander atau nama sebenarnya Norhasliza Hassan pada tahun 2003 dan mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain,(14), Sania Samara (13) dan Qaqa At-Tameemi (9).

Abil adalah anak dari perkahwinan pertama Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dengan Faridah Fadzil.

Del14