“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Sebelum ini, tular video individu mirip dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa bergaduh dengan isteri keduanya.

Sehubungan itu, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang juga merupakan adik kepada Musa tampil memberi penjelasan mengenai insiden tersebut bagi mengelakkan spekulasi yang tidak benar.

Memetik laporan mStar, Jalaludin mengakui bahawa dia mengetahui mengenai krisis rumah tangga yang telah lama dialami oleh abangnya itu.

“Saya tak boleh nak komen banyak tapi saya tahu siapa abang saya dan siapa perempuan itu. Saya tahu apa yang abang saya sudah lalui selama ini.

“Apa yang abang saya lalui sejak berkahwin dengan dia… saya tahu. Abang saya seorang yang bertanggungjawab, dia tidak pernah abai nafkah pada isteri dan anak-anak,” jelasnya pada mStar.

Kongsinya, kes tersebut kini dalam siasatan polis malah status perkahwinan Musa juga sedang dalam proses penyelesaian.

Tambahnya lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana insiden ini sudah terbongkar dan konflik bakal tamat tidak lama lagi.

“Dia kuat, dia telefon adik beradik tanya keadaan… malah adik saya suruh berubat kerana takut ada benda-benda lain.

“Apabila berjumpa dengan saya pun dia gembira dan bersyukur kerana benda ini terbongkar dan telah memfailkan penceraian sebenarnya.

“Tapi perempuan itu masih kacau. Dia tidak akan berhubungan dengan perempuan itu melainkan dengan peguamnya,” ujar Jalaluddin.

Artikel Berkaitan: Gaduh Isu Nafkah & Harta, Bekas Pegawai Kanan Polis Didakwa Pukul Isteri Kedua Di Kepala?

Artikel Berkaitan: Musa Hassan Kongsi Ciri & Tabiat Isteri Derhaka

Artikel Berkaitan: “Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah Masih Sihat” – Nama Sama Dengan Arwah, Berita Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia Buat Ramai Keliru

Sumber: mStar

Atiqah Johari