“Pernah Dengar Pasal Makeup & Rawatan Estetik?” – Wajah Terkini Dikritik, Fathia Latiff Tampil Beri Respons

Baru-baru ini, foto terbaharu pelakon jelita Fathia Latiff berbaju kurung menarik perhatian ramai warganet.

Menerusi hantaran foto tersebut, ramai yang menegur perubahan pada wajahnya yang dikatakan kelihatan berbeza daripada sebelumnya.

Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Muka Dah Lain, Fathia Latiff Tutup Ruangan Komen

Susulan itu, Fathia tampil memberi respons mengenai kritikan yang diberikan kepadanya di Instagram Storiesnya (IGS).

Kata Fathia, dia berasa gembira dengan penampilannya sekarang malah turut mempersoalkan warganet mengenai pengetahuan bersolek dan rawatan kecantikan.

Bukan itu sahaja, Fathia turut menyatakan tiada yang salah dengan penampilannya.

“That’s all that matters. What is wrong with me looking different?

“Have you heard about makeup and aesthetic treatment? I’m happy with my look now,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ikut Trend TikTok, Kapsyen Fathia Latiff Curi Perhatian… Netizen Kata Sesuai Jadi Isteri Nombor 3? – “Siapa Lagi Hot? I Ke Ira Kazar?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berdepan Insiden Kecil, Fathia Latiff ‘Bergaduh’ Dengan Keluarga? Ibu Halang Muat Naik Status Di Media Sosial – “Rasa Sangat Terancam…”

Atiqah Johari