Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2024 @ 2:32pm

Pertikai Kenyataan Pergi Makkah Balik Hari Untuk Beli Perfume, Ryzal Ibrahim Gelar Netizen Jahil Pengetahun Agama – “Sampai Nak Baca Ilmu Pun Malas”

Personaliti media sosial popular, Ryzal Ibrahim lantang menyuarakan pendapatnya susulan terdapat segelintir pihak yang masih mempertikai tindakannya singgah ke Makkah semata-mata mahu membeli minyak wangi.

Kata Ryzal, dia kesal apabila masih ramai dalam kalangan netizen yang malas untuk membaca terutamanya apabila menyentuh bab agama.

Malah, ada yang sanggup membuat hukum sendiri mengenai tindakannya itu.

“Ramai juga yang jahil pengetahuan agama dalam ruangan komen saya ke Makkah rupanya. Ustaz dah siap bagi hukum masuk Makkah pun dia tak baca, malah, buat hukum sendiri.

“Maafkan saya kasar sikit, tapi komen kau orang terlalu jahil sampai nak baca ilmu pun malas,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

 

Kesal dengan tindakan segelintir netizen yang masih cetek ilmu pengetahuan, suami kepada pempengaruh popular, Maryam Durian Kimchi ini juga turut mempersoalkan tindakan netizen yang suka mencari kesalahan orang lain, sekaligus bergaduh sesama sendiri.

“Dengan gaya pemikiran masyarakat kita macam ni, macam mana nak lawan musuh Islam? Dia gelak je tengok orang Islam bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ryzal berkongsi momen dirinya ‘singgah’ ke Makkah dari London untuk membeli minyak wangi yang terletak di Clock Tower.

Menerusi video di Instagram, Ryzal berkata, dia sudah mempunyai niat untuk menunaikan Umrah, namun tidak berkesempatan akibat kekangan masa.

Justeru, Ryzal ada berkongsi jawapan daripada seorang Ustaz mengenai tawaf, selepas ada segelintir netizen yang mempertikaikan tindakannya apabila memaklumkan, dia sekurang-kuranya perlu melakukan tawaf selamat datang.

ARTIKEL BERKAITAN:Singgah Makkah Dari London Untuk Beli Perfume, Ryzal Ibrahim Tak Sempat Tunai Umrah… Kongsi Jawapan Ustaz Soal Tawaf – “Ada 30 Minit Saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Ryzal Ibrahim Didenda RM10,000 Hina Pakaian Tradisional Kaum Iban

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Fara Fauzana Tetap Bersemangat Mahu Ke Syria

Fara telah berlepas bersama tiga lagi sukarelawan dalam menjayakan misi ini sebelum kembali pulang ke tanah air sebelum 9 Jun nanti

Featured Sat, 17 Sep 2022

“Habis Tu Aku Kena Diam Ke C*ba*!” – YouTuber Didakwa ‘Koyak’, Dikecam Gara-Gara Filem Mat Kilau

Opssss! isu baru pulakkk timbul! #MatKilau dah hampiri kutipan RM100 juta dah weii… Udah lerr tu!👀

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Tue, 30 Jul 2019

‘Saya Mahu Jadi Suami Lebih Baik’- Ammar Alfian

Semoga kuat dan harungi semuanya!

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Trending Thu, 11 Apr 2019

#JusticeForAudrey: Teenage Girl Brutally Bullied and Hospitalised by Other Teen Girls

They’re only teenagers and they had the audacity to hurt someone else like this!

Anugerah Sun, 23 Jul 2023