Pesalah Sebar Filem Munafik Secara Haram Diarah Bayar RM100K

Menurut pengarah dan pemenang Anugerah Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 di Phom Penh, Kemboja menerusi filem Munafik , Syamsul Yusof kini boleh menarik nafas lega apabila  Mahkamah mengarahkan mana-mana pesalah dan penyebar filem Munafik 2 secara haram akan dikenakan bayaran sebanyak RM100k.

Bagi Syamsul Yusof, tindakan ini adalah untuk memberi pengajaran kepada pihak tidak bertanggungjawab itu pada masa hadapan. Pendapat beliau ini turut disuarakan menerusi sebuah rakaman pendek yang dimuat naik menerusi laman instagram beliau.

Hakim Mahkamah Majistret Taiping, Asmadi Hussin hari ini bagaimanapun mengarahkan Muhammad Izwan Shah Kamal Shah  untuk membayar amaun tersebut kepada pihak Skop Production atas kesalahannya menyebarkan filem Munafik 2 secara haram melalui laman sosial beliau.
Langkah yang diambil oleh pengarah berbakat ini, bukan sahaja dipuji oleh rata-rata pengikut beliau malah, tindakan Syamsul untuk mengenakan bayaran di atas kesalahan menyebarkan filem secara haram amat dialu-alukan oleh semua pihak.
Jadi, diharap selepas ini rakyat Malaysia lebih peka dan belajar menghargai hasil usaha dan kerja keras mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengahasilkan filem atau drama berkualiti untuk tontonan masyarakat. Tak gitu!
Salma Syahbuddin