Petisyen Gugurkan Vivy Yusof Sebagai BOD UiTM Dipadam?

NAMA Vivy Yusof hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bermula dengan isu tentang salah faham komennya berkenaan isu B40 dan M40 sehingga ada pihak telah mencipta satu petisyen bagi menggugurkan Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Namun petisyen tersebut telah dipadam baru-baru ini dan perkara ini telah diumumkan sendiri oleh pelancar petisyen tersebut iaitu Mazril Mazlan.

Menurut Mazril, dia bertindak untuk memadam petisyen tersebut kerana menganggap petisyen itu telah mencapai target dan selesai.

Petisyen ini dicipta bagi mendapatkan sokongan orang ramai untuk menggugurkan Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah (Uitm). Namun petisyen ini telah tamat sejak 5 April lalu dengan ditandatangani lebih 230,000 pengguna laman sosial.

Pencipta petisyen tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong petisyen tersebut. Sebelum ini, Vivy Yusof telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di laman sosial dan menjelaskan keadaan sebenar berkenaan isu yang telah membangkitkan kemarahan netizen.

Namun pengasas jenama Duck ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan namanya.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover