Categories: Trending

Alami Simptom Batuk Dan Kurang Selera Makan, Harimau Malaya Bernama ‘Nadia’ Ini Positif COVID-19

Gempar!

Kecoh di laman media sosial seantero dunia hari ini apabila seekor harimau Malaya yang diberi gelaran ‘Nadia’ telah sah positif COVID-19!

Kejadian yang berlaku di Zoo Bronx, New York itu ternyata telah menjadi bualan ramai apabila Harimau Malaya betina berusia 4 tahun itu dikatakan mempunyai simptom batuk dan kurang selera makan.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Menerusi kenyataan sama, pihak zoo memaklumkan tidak pasti bagaimana virus itu boleh ada di dalam badan haiwan seperti harimau dan singa kerana setiap spesis memberi tindak balas berbeza terhadap jangkitan, namun akan dipantau dengan lebih dekat.

Haiwan Lain Alami Batuk Kering

Terdapat seekor lagi harimau bernama Azul dan tiga singa Afrika mengalami batuk kering namun kesemuanya dijangka pulih.

Harimau tersebut dilaporkan dijaga oleh penjaga yang mempunyai penyakit atau sebelum dia menerima simptom berkenaan.

Ditempatkan Di Kawasan Berbukit

Kesemua haiwan yang menunjukkan simptom tersebut akan ditempatkan di kawasan berbukit khusus untuk harimau. Walaubagaimanapun, kajian setakat ini, masih tiada bukti kukuh menunjukkan COVID-19 boleh berjangkit dari haiwan ke manusia.

Keempat-empat Zoo telah ditutup sejak 16 Mac kepada orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga dan mereka telah ditempatkan mengikut kemudahan yang disediakan.

Kes ini memang tidak terduga dan sangat mengejutkan jadi diingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya duduk di rumah dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

 

Syafiqa Irdina