Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 15, 2023 @ 7:44pm

Praktis Masak Seminggu, Ain Edruce Sedia Lawan Dengan Achey Dalam Episode Pertama Dapur Tempur!

Program realiti memasak popular TV9 ‘Dapur Tempur Selebriti’ kembali lagi menampilkan tema yang berbeza berbanding edisi Dapur Tempur & Dapur Tempur Ra-Ra sebelum ini di mana dalam edisi kali ini, setiap pasangan perlu menyediakan hidangan bertemakan masakan barat.

Episod pembukaan Dapur Tempur Selebriti yang bakal ditayangkan pada 18 November ini akan menampilkan Achey dan pasangannya, Anne (isteri) bakal menentang Ain Edruce dan pasangannya, Amirul (suami).

Pasangan episod pertama kali ini tampil dengan nama kumpulan yang juga mencuit hati, 50-50 (Ain Edruce & Amirul) dan Mok Strong (Achey & Anne).

Malah, Ain berkata dia sudah bersiap sedia untuk ‘bertempur’ di dapur apabila sudah seminggu praktis memasak sebelum progam Dapur Tempur bermula.

“Alhamdulillah saya dah praktis seminggu sebelum sertai Dapur Tempur Selebriti. Setiap malam saya dah masakkan untuk suami saya, Amirul,” katanya. 

Sementara itu, Achey juga tidak mengalah dan tampil mempertahankan bakat memasaknya yang sering membantu isteri di dapur.

“Saya tidak kisah orang ragu-ragu dengan saya kerana di rumah memang saya yang sediakan barang-barang prep dan saya juga yang membeli barangan memasak yang lain,” ujarnya.

Dapur Tempur Selebriti tidak lengkap tanpa cabaran dan cabaran pertama untuk episod pertama Dapur Tempur Selebriti ialah cabaran ‘Misteri Ke?’.

Cabaran ini memerlukan setiap pasangan menggunakan bahan misteri yang telah dipilih. Mereka perlu untuk menambah baik atau improvisasi hidangan mereka dengan masa yang diberikan hanya 30 minit sahaja. 

Nantikan selebriti kegemaran anda bertempur di Dapur Tempur Selebriti yang akan bersiaran bermula pada 18 November 2023 ini, setiap hari Sabtu, pukul 8.30 malam selama satu jam di TV9. Penonton juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Artikel Berkaitan: Warisi Bakat Memasak, Anak Nabila Huda Tak Kekok Beraksi Di Dapur… Bakal Hangatkan Pertempuran Akhir Dapur Tempur Ra-Ra!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Dec 2018

Pemandu Grab DiTemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Miliknya

Anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan

Featured Sun, 22 May 2022
Hiburan Thu, 16 May 2019

Punyalah Manja…Suami Nak Makan Masakan Syahrini Sahaja!

Kalau tidak, dia tidak mahu makan. Begitu. Manja ya Pak RB…

Trending Thu, 16 Jul 2020
Featured Wed, 28 Sep 2022
Trending Sun, 24 Mar 2019

Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Minta Izin Mahu Main Anak Patung Sebelum Jalani Pembedahan Czer, Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Trending Wed, 25 Dec 2019

Hanya Kerana Gambar Kampung Di Perlis Dikongsi Apple …

Raih Ratusan Ribu ‘Like’, Dipuji Seluruh Dunia